Pengajaran dan Pembelajaran Maya di UTHM

 

Dunia digital yang berkembang pesat dengan desakan pandemik memangkin inovasi pengajaran dan pembelajaran di seluruh dunia. UTHM juga mengorak langkah mendepani cabaran pembelajaran di luar bilik kuliah dan jarak jauh. Pusat Pembelajaran Maya (MAYA) bertanggungjawab memastikan hasrat membangunkan Universiti Maya atau Virtual University ini dapat dicapai.




Boss baru kita: Pengarah Center of Virtual Learning, Dr Azli Nawawi


Dalam satu perkongsian pada 9 Mac 2022, berikut merupakan bebarapa poin utama yang dapat dibawa pulang.


1. Virtual Universty is no longer the future, it is NOW. 

Ya, setelah hampir 3 tahun dalam musim pandemik, pembelajaran secara maya telah menjadi norma baharu bagi ramai orang. Namun begitu, tahap keberkesanan pembelajaran secara maya ini masih banyak ruang untuk ditambah baik. UTHM komited untuk memenuhi ruang (gap) dalam penyampaian dan pentaksiran inovatif yang lebih berkesan dan imersif.


2. Pendidikan berkualiti adalah hak semua orang. Akses pembelajaran melalui MOOC dan Micro-credential.

Konsep Massive Open Online Course (MOOC) bukanlah sesuatu yang baharu. Pembangunan MOOC adalah suatu langkah progresif penyampaian ilmu kepada ruang lingkup yang lebih luas. Bukan sahaja kepada pelajar universiti sahaja, kursus ini boleh diambil oleh sesiapa sahaja diseluruh dunia!

Namun, penghasilan kandungan MOOC dikalangan pensyarah belum dan boleh dibudayakan. Oleh itu, pihak MAYA menawarkan bimbingan dan latihan bagi semua pensyarah yang berminat menghasilkan MOOC. Kursus-kursus Asas dan Pemantapan disediakan untuk memastikan pensyarah mendapat pengetahuan dan kemahiran yang mantap untuk menghasilkan MOOC berdasarkan subjek kepakaran masing-masing.


Selain itu, konsep Microcredential (MC) pula boleh dikatakan subset kepada MOOC dimana kandungan pembelajaran yang dihasilkan dalam bentul pembelajaran secekut (bite-sized learning). Hal ini bermaksud, penyampaian ilmu adalah padat, jelas dan mudah difahami dan dikuasai. Contohnya, Kaedah Mengasilkan Model 3D dengan perisian SketchUp, Cara Tebar Roti Canai Mudah dan sebagainya.

sumber: DBP



Pada asasnya, topic bagi MC ini terbuka kepada apa sahaja topik pembelajaran. Namun begitu staf akademik amat digalakkan untuk menghasilkan MC berdasarkan Kursus Akademik yang di ajar. Sebab apa? MC merupakan langkah awal untuk menghasilkan MOOC. Sebagai contoh, MC boleh dibangunkan berdasarkan setiap sub-topic atau chapter di dari silibus kursus. Apabila MC ini digabungkan dan dimurnikan boleh menjadi sebuah MOOC yang lengkap dan berkualiti.

Haa menarik kan. Jadi bila ada MC, pensyarah boleh fokus membantu pelajar berbanding terlalu fokus menyampaikan kandungan yang sama saban tahun. 

Jadi jom kita sekurang-kurangnya hasilkan Micro Credential pertama kita tahun ini. Lebih baik lagi, terus hasilkan MOOC. Semoga ilmu kita menjadi manfaat semua.

3. Pembangunan Kandungan Digital (Content Creator) bukan kerja mudah dan mesti diraikan.


Suatu berita yangamat menggembirakan pembangun kandungan digital. Pihak UTHM telah mengiktiraf kandungan digital yang diterbitkan adalah setara dengan penerbitan bercetak. Barulah semangat staf akademik kita membangunkan MOOC, MC, video pengajaran dan apa sahaja hasil digital termasuk portfolio digital atau website dan audio. 



Sekarang adalah masanya untuk para pendidik keluar dari zon selesa dan bersama mendahului arus pembelajaran moden. Jom kita terokai kaedah pembelajaran maya dan inovatif!

Untuk maklumat lanjut perkongsian ini layari 

https://www.canva.com/design/DAE6YyPpG3I/Mv4dAU_7swKw09hhVYWktA/view#1


Dr. F.A.S




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ke mana perginya kertas jawapan peperiksaan SPM? Lawatan ke Zanko Sdn Bhd

Service Learning Malaysia (SULAM) IoT@FTK : Internet of Things for Society