Service Learning Malaysia (SULAM) IoT@FTK : Internet of Things for Society
Service Learning Malaysia (SULAM) IoT@FTK : Internet of Things for Society
Service Learning Malaysia (SULAM) IoT@FTK Bersama SMK Bukit Pasir
13 Julai 2023
Muar - Telah berlangsung Program IOT@FTK Bersama SMK Bukit Pasir. Program ini dijalankan untuk menyambut saranan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di bawah Projek Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM). SULAM ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif High-Impact Educational Practices (HIEPs) yang menggabungkan pembelajaran berasaskan pengalaman. Mahasiswa menjalankan aktiviti perpindahan ilmu dan menyelesaikan permasalahan komuniti setempat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari di bilik kuliah. Menariknya, aktiviti pembelajaran ini ditaksir dan dikira di dalam kerja kursus. Program IoT@ FTK UTHM merupakan aktiviti perkongsian dan pemindahan ilmu berkaitan Teknologi Internet of Things (IoT) yang dipelajari oleh mahasiswa BNF44403 IoT and Application di Fakulti Teknologi Kejuruteraan UTHM Pagoh kepada komuniti setempat. SMK Bukit Pasir, Muar, telah menjadi rakan kerjasama bagi semeseter ini (2022/2023 Semester 2).
Kaedah Pelaksanaan
Program IOT@FTK ini bermula dari dalam kelas dimana taklimat diberikan kepada pelajar berkenaan gerak kerja dan aktiviti yang perlu dilaksanakan. Secara amnya, pelajar perlu menghasilkan modul pengajaran untuk memperkenalkan teknologi IoT secara praktikal kepada komuniti pilihan. Pertama sekali, pelajar perlu menghasilkan proposal dan tajuk modul IoT yang ingin dibangunkan secara berkumpulan. Seterusnya, pelajar boleh membangunkan Modul IoT tersebut secara bengkel dan perbincangan. Modul yang dihasilkan termasuk bahan pengajaran seperti slaid dan perkakasan yang berkaitan (IoT Kit dll.). Selepas, modul tersebut siap, pelajar diberikan sesi ToT untuk memastikan kualiti penyampaian modul kepada pelajar sekolah adalah memuaskan. Kemudian, pelajar menjalankan sesi latihan dan persediaan program secara kendiri. Program IOT@FTK bersama SMK Bukit Pasir dijalankan pada 13 Julai 2023 bermula 8.30am sehingga 2.00pm. Program ini bermula dengan fasilitator (pelajar UTHM) memberikan penerangan tentang IoT kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 SMK Bukit Pasir. Kemudian, pelajar tersebut dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sesi praktikal. Selepas program tamat, dokumentasi dan refleksi dalam bentuk bertulis atau video perlu disediakan untuk tujuan penilaian kerja kursus.
Impak kepada Komuniti
Menurut Guru Penolong Kanan 1 SMK Bukit Pasir, Tn Hj Othman bin Hassan, terdapat penurunan yang ketara di kalangan pelajar yang memilih bidang STEM untuk Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Hal ini juga akan memberi kesan kepada kemasukan IPT apabila mereka tamat persekolahan dan memohon untuk masuk ke universiti.
Peserta dalam program ini adalah pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang mengambil Subjek Elektif Stem Sains Gunaan dan Teknologi, termasuk Sains Komputer. Sebelum program bermula, dalam tinjauan umum didapati bahawa pengetahuan mereka berkaitan IoT adalah agak rendah.
Selepas rogram ini dijalankan, peserta diberikan
pendedahan kepada Teknologi IoT secara teori dan praktikal secara santai dan menghiburkan. Pelajar dilihat menunjukkan minat dan penghayatan berkenaan kepentingan dan impak
Teknologi IoT kepada masyarakat. Hal ini seterusnya diharapkan dapat meningkatkan bilangan
pelajar yang memilih untuk menyambung pelajaran dan terlibat dalam bidang STEM
pada masa yang akan datang.
Comments
Post a Comment