Ke mana perginya kertas jawapan peperiksaan SPM? Lawatan ke Zanko Sdn Bhd
11 Januari 2024 - Satu lawatan industri ke Zanko Sdn Bhd telah diadakan. Lawatan ini diketuai oleh Prof Ir. Dr. Md Saidin bin Wahab, Penolong Naib Canselor (Digital dan Infrastruktur) dan dihadiri oleh wakil dari CGS, CVL, PTM dan CAD UTHM . Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mewujudkan kerjasama berkaitan inisiatif TVET Digital di peringkat universiti.
Zanko Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang diberikan tanggungjawab untuk mengurus dan memproses hampir kesemua kertas jawapan peperiksaan utama di Malaysia termasuk SPM, STPM, SPMV, STAM dan banyak lagi. Syarikat ini telah memulakan operasi sejak 2013. Selain Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), klien-klien yang menerima perkhidmatan mereka termasuk LHDN, Kerajaan Negeri, Sistem Audit Negara dan banyak lagi. Mereka giat memasarkan produk MyEDU, sebuah super-apps yang merangkumi kesemua ke
Lokasi pertama lawatan adalah ke Zanko Innovation Center (Zice). Di sini, pengarah urusan En Mahzan, membentangkan Platform Pentaksiran Digital yang merupakan antaraperkhidmatan utama syarikat ini. Online Marking System (OMS) merupakan sistem pengurusan penandaan skrip jawapan atas talian yang digunakan oleh pemeriksa kertas jawapan peperiksaan di seluruh negara.
Antara cabaran mereka adalah, proses scanning dan pemprosesan maklumat markah mesti disiapkan dalam tempoh 1 hingga 3 bulan sahaja. Mereka berkemampuan untuk mengimbas kertas jawapan kepada bentuk digital sehingga sebanyak lebih kurang 2 juta helai setiap hari! atau lebih kurang 200 helai setiap minit. En Mahzan juga berkongsi tentang cabaran mereka memproses dan menyediakan platform penandaan ini. Antaranya, terdapat pelbagai kes-kes terpencil yang perlu diambil perhatian seperti perubahan polisi, keperluan klien, dan cabaran teknikal seperti keadaan kertas jawapan yang diproses tidak menepati piawaian. Mereka juga perlu melayan hampir 40 ribu request semakan semula selepas markah peperiksaan akhir diumumkan.
Untuk menampung permintaan klien, Zanko Sdn Bhd mempunya 3 gudang pemprosesan. Satu terletak di Bangi dan 2 lagi terletak di kawasan Balakong. Kami melawat gudang ke-3 yang bakal beroperasi dalam tahun 2024. Gudang ini dikawal ketat untuk memastikan integriti jawapan peperiksaan yang diproses. Ia menempatkan stesen pengimbasan dan ruang penyimpanan yang menggunakan teknologi terkini. Fotografi tidak dibenarkan untuk memastikan keselamatan infrastruktur ini terjamin.
Lawatan diteruskan ke gudang pemprosesan aktif di Bangi. Kebetulan semasa lawatan diadakan, kertas peperiksaan STAM telah tiba dan kami berpeluang menyaksikan proses penerimaan, perekodan, pemprosesan dan pengimbasan dijalankan. Kesemuanya menggunakan teknologi maklumat yang efisien dan pantas. Setiap kertas jawapan mempunya QR code dan akan direkodkan kedalam sistem, seterusnya kertas jawapan tersebut terus diproses untuk tujuan pengimbasan dan penyimpanan. Benang atau dawai kokot (staple) pada kertas jawapan perlu dibuang sebelum dimasukkan kedalam mesin pengimbas yang berharga RM10,000 hingga RM20,000 yang mampu mengimbas sehingga 120 helai seminit.
Hasil lawatan dan perbincangan melihatkan keterujaan dan harapan yang tinggi di kedua belah pihak, Zanko dan UTHM untuk merangka strategi bagi memastikan urusan akademik khususnya berkaitan TVET dapat dimajukan melalui teknologi digital dan persefahaman dapat dimeterai dalam tempoh terdekat.
- Dr. F.A.S
Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik
CAD UTHM
Comments
Post a Comment