11 Januari 2024 - Satu lawatan industri ke Zanko Sdn Bhd telah diadakan. Lawatan ini diketuai oleh Prof Ir. Dr. Md Saidin bin Wahab, Penolong Naib Canselor (Digital dan Infrastruktur) dan dihadiri oleh wakil dari CGS, CVL, PTM dan CAD UTHM . Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mewujudkan kerjasama berkaitan inisiatif TVET Digital di peringkat universiti. Zanko Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang diberikan tanggungjawab untuk mengurus dan memproses hampir kesemua kertas jawapan peperiksaan utama di Malaysia termasuk SPM, STPM, SPMV, STAM dan banyak lagi. Syarikat ini telah memulakan operasi sejak 2013. Selain Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), klien-klien yang menerima perkhidmatan mereka termasuk LHDN, Kerajaan Negeri, Sistem Audit Negara dan banyak lagi. Mereka giat memasarkan produk MyEDU, sebuah super-apps yang merangkumi kesemua ke Lokasi pertama lawatan adalah ke Zanko Innovation Center (Zice). Di sini, pengarah urusan En Mahzan, membentangkan Platform Pentaksiran Digital
Comments
Post a Comment